Nas Vista Sdn Bhd , mempelopori arus teknologi

Sunday, 19 May 2013

Innovative Product Ideas - R&D Stage UPM

1. Pengganti Garam atau MSG perisa tambahan dalam makanan (Kardio-mate)

  • Dibangunkan di Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2010 di bawah Felo penyelidik Dr. Suhaila binti Mohamed dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM Serdang.
  • Kos penyelidikan memakan belanja sebanyak setengah juta dan ia dibiayai menerusi geran penyelidikan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi dan UPM
  • Diperbuat daripada rumpai laut yang berupaya meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh badan serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
  • Kardio-mate mengandungi kandungan rendah natrium dan lemak, kandungan tinggi kalsium serta protein, kaya dengan serat larut dan lain-lain galian penting seperti antara lain magnesium, kalsium, besi, kuprum serta zink.

 Dr Suhaila dari Institut Biosains UPM menunjukkan produk pengganti garam atau MSG perisa tambahan dalam makanan (Kardio-mate).

2. Vaksin Tilapia

  • Dibangunkan oleh Prof Madya Dr. Mariana Nor Shamsudin dari Laboratori Sains Marin dan Akuakultur (MARSLAB) lnstitut Biosains, Unirersiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan penyelidikan terhadap pengeluaran vaksin untuk ikan tilapia merah (orco-cromus sp) sejak beberapa uhun lalu. 
  •  Antara penyakit yang kerap kali menyerang idustri akuakultur air tawar ialah bakteria yang dikenali sebagai Aeromonas Hydrofila. Bakteria tersebut megeluarkan bahan toksin yang menyebabkan ikan mengalami reput ekor, reput sirip, pendarahan, sisik terkeluar dan ulser.
  • Serangan bakteria ini akan menyebabkan kematian ikan secara besar-besaran dan seterusnya membawa kerugian kepada penternak ikan komersial. 

3. Perata Batang Buluh Pertama Di Dunia

  • Dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik di Jabatan Produksi Perhutanan, Fakulti perhutanan, UPM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Edi Suhaimi Bakar.
  • Teknologi itu dinamakan sebagai ‘V-Grooving’ (Pengaluran bentuk V) yang merupakan alternatif bagi menangani masalah bekalan kayu dalam industri kayu di negara ini.
  • Antara kelebihan lain bagi kaedah V-Grooving ialah ia menjimatkan kos pengeluaran dan bahan mentah serta menghasilkan produk berkualiti dan bahan hijau. Inovasi baru ini juga meningkatkan pulangan bagi isi padu buluh yang telah diratakan dari 65 peratus ke 85 hingga 90 peratus.
  • Inovasi V-Grooving mendapat pengiktirafan Pingat Emas pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2012.

4. Mesin pempasteuran kompak mudah alih

  • Dibangunkan oleh Prof. Ir. Dr. Norman Mariun dari Fakulti Kejuruteraan UPM sejak tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 2004.
  •  Dikenali sebagai Pempasteuran Haba Ohmik, mesin tersebut dilengkapi dengan peralatan seperti sel pemanasan ohmik, sistem pengurusan bendalir dan juga sistem kawalan suhu.
  • Sesuai digunakan untuk proses mempasteur produk makanan dalam bentuk cecair seperti sos, kicap, susu dan sebagainya.
  • Kelebihan mesin ini adalah penggunaannya mengekalkan kualiti makanan, bersih, menjimatkan tenaga sebanyak 50 peratus, tiada kebocoran tenaga dan selamat.

5. Jintan hitam mampu cegah penyakit kardivovaskular, saraf

  • Dibangunkan oleh Prof. Madya. Dr. Maznah Ismail dari Laboratori Bioperubatan Molekul, Institut Biosains UPM selama 7 tahun.
  • Dikenali sebagai Produk Fraksi Kaya Timokuinon (TQRF) yang dihasilkan daripada jintan hitam atau dikenali sebagai habbatus sauda mampu mencegah penyakit kardivaskular dan neuro (saraf).
6. Khasiat daun mengkudu

  • Dibangunkan oleh Prof. Madya. Dr. Azizah Abdul Hamid dari Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan UPM sejak 5 tahun lalu dan kini ia dalam proses prakomersial.
  • Produk yang dinamakan Catechin Rich Extract itu mengandungi ekstrak daun-daun mengkudu yang matang yang diproses melalui kajian saintifik yang mendalam untuk menghasilkan sebatian antioksida yang tinggi. 
  •  Khasiat antioksida yang tinggi ini dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik seperti kanser, jantung, diabetes dan penuaan.

7. Tandas Pintar

  • Dibangunkan oleh Puan Sazrinee Zainal Abidin dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM.
  • Tandas pintar yang diberi nama Loveme Water Closet itu sesuai digunakan oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak.
  • Menjimatkan air berbanding tandas biasa.



    8. Alat pengesan pengawet

    •  Dibangunkan oleh Prof. Madya. Dr. Fatimah Abu Bakar dari Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM.

    •  Alat pengesan ini dapat mengesan formaldehid iaitu bahan pengawet mayat yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, papan lapis dan pengawetan tisu spesimen di dalam ikan dan makanan laut lain.

    • Formaldehid berbahaya kepada manusia kerana boleh menyumbang kepada risiko penyakit barah paru-paru, otak dan leukemia.

    • Penemuan ini memudahkan agensi pengawasan dan pemantauan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia membuat pemeriksaan untuk mengesan penggunaan formaldehid dalam ikan dan makanan laut di seluruh negara.


    9. Kolagen kulit ikan tilapia untuk kosmetik dan kesihatan

    • Dibangunkan oleh Prof. Dr. Jamilah Bakar dari Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM.


    • Penyelidikan selama 12 tahun menjalankan kajian bagi membangunkan sendiri teknologi pengekstrakan kolagen akuatik daripada kulit ikan tilapia ternyata membuahkan hasil apabila negara bakal mempunyai kilang pengekstrak kolagen halal daripada kulit ikan tilapia yang pertama di rantau ini. Produk itu bakal dikomersialkan melalui kerjasama antara UPM dengan syarikat Bionic Lifesciences Sdn. Bhd.

    • kolagen yang berfungsi memelihara kecantikan kulit, mempercepatkan penyembuhan luka serta membantu memulihkan kekenyalan otot dan masalah sendi.

      
 10. Sistem Bioreaktor Tingkat Benih Orkid

  • Dibangunkan oleh Prof. Dr. Maziah Mahmood dari Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia (UPM). Sistem ini menggunakan tisu kultur untuk mempercepatkan proses pembungaan untuk meningkatkan hasil anak benih orki.
  • Transformasi genetik sistem ini membolehkan orkid tahan penyakit, mengeluarkan bunga sepanjang tahun kepelbagaian warna bunga, bunga yang tahan lama dan mengeluarkan bau. Selain itu teknologi ini menjimatkan kos pembajaan dan pengurusan pokok orkid.
  

Tuesday, 7 May 2013



1. Briefly describe the trends in the global airline industry.


Trend bagi Industri penerbangan antarabangsa hari ini adalah menumpukan kepada memberikan perkhidmatan kos rendah. Perkhidmatan penerbangan yang menawarkan tambang yang murah dilihat dapat menarik minat para pengguna. Salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan penerbangan kos rendah di peringkat antarabangsa adalah Syarikat Air Asia. 

Syarikat penerbangbangan terkemuka Asia ini ditubuhkan dengan impian untuk membolehkan semua  orang terbang. sejak tahun 2001, AirAsia telah memecahkan kebiasaan industri perjalanan sedunia dan meningkat dengan pantas untuk menjadi syarikat penerbangan terbaik di dunia. Dengan rangkaian laluan yang meliputi lebih daripada 20 buah negara, AirAsia terus mengorak langkah untuk penerbangan tambang murah melalui penyelesaian yang inovatif, proses yang cekap dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam perniagaan.   


2. What is the business level strategy adopted by Air Asia?

Syarikat AirAsia menjadikan model tambang rendah menjadi mungkin dengan perlaksanaan strategi penting seperti berikut:
  • Utamakan Keselamatan:Perkongsian dengan penyedia penyelenggaraan paling terkenal dunia dan mematuhi pengendalian syarikat penerbangan dunia.
  • Penggunaan Pesawat secara maksimum:
    Perlaksanaan waktu patah balik terpantas di rantau ini dengan hanya 25 minit, memastikan kos yang lebih rendah dan produktiviti lebih tinggi.
  • Tambang Rendah, Tidak berlebihan:
    Menyediakan perkhidmatan dengan pilihan mengikut kesesuaian tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan.
  • Operasi Lebih Cekap: 
    Memastikan proses yang semudah mungkin dan efisien.
  • Sistem Pengedaran:
    Menawarkan ruangan pengedaran yang lebih luas dan inovatif untuk membuat tempahan dan perjalanan lebih mudah.
  • Jaringan Point ke Point:
    Menghubungkan jaringan Point to Point mengekalkan operasi mudah dan kos rendah.

3. How does Air Asia achieve cost leadership through differentiation?

AirAsia mencapai kepimpinan kos melalui tindakan strategik seperti menawarkan perkhidmatan satu kelas  dengan tanpa memberikan perkhidmatan mengikut kelas dengan tambang yang berbeza.   ia dapat mengelakkan wujudnya berlebihan kerusi kosong dalam sesuatu penerbangan, makanan, hiburan dan utiliti lain. Selain itu, keutamaan diberikan kepada keselesaan dan keselamatan untuk penumpang. AirAsia juga sentiasa membuat promosi untuk memastikan pelanggan mereka datang kembali untuk perkhidmatan mereka seperti promosi tambang biasa bagi tempoh perjalanan yang khusus untuk menggalakkan tempahan awal. Tiket tersebut melalui pusat tempahan melalui telefon, pejabat jualan, ejen pelancongan dan perkongsian dengan bank tempatan dan pejabat pos. 



4. Identify the ways Air Asia can sustain its competitiveness through the business level strategy that is adopted?

Secara amnya, Air Asia berjaya mencatat kejayaan demi kejayaan kerana pihak pengurusan dibawah pimpinan Tony Fernandes mengamalkan sistem pengurusan kos yang efektif. Dalam banyak hal, kos yang rendah amat diutamakan. Air Asia pada awalnya memulakan operasinya dengan kos yang rendah jika dibandingkan dengan pesaing yang terdekat MAS. Strategi menurunkan kos permulaan perniagaan ialah dengan membeli kapal terbang terpakai. Kapal terbang terpakai sudah semestinya berharga lebih murah daripada kapal terbang yang baru. Ini adalah strategi awal. Setelah syarikat sudah mencatat keuntungan dan mempunyai dana yang lebih, kapal terbang yang dibeli pada peringkat awal ini diganti dengan kapal terbang baru secara berperingkat. Selain kos permulaan, kos operasi dan kos harian seperti gaji kakitangan, bayaran untuk kapal terbang mendarat dan sebagainya juga dikenal pasti sebagai komponen kos yang perlu diuruskan pada tahap yang rendah juga.
Bagaimanakah pula Air Asia berjaya mengurangkan kos penggajian kakitangannya termasuk juruterbang? Kos juruterbang pada kebiasaannya merupakan salah satu komponen kos yang paling tinggi yang perlu dibelanjakan oleh pihak syarikat penerbangan. Pihak pengurusan Air Asia walaubagaimanapun berjaya melakukan yang sebaliknya. Terdiri daripada kumpulan pengurusan yang sangat bijak untuk mengambil peluang, Air Asia bertindak ketika syarikat lain mengalami tempoh perniagaan yang sukar. Banyak syarikat penerbangan lain memecat juruterbang-juruterbang mereka akibat peristiwa 11 September 2001. Selepas kejadian tersebut, banyak syarikat penerbangan tidak dapat menanggung kos operasi kerana ramai orang tidak berani untuk membuat perjalanan menaiki kapal terbang kecuali segelintir sahaja atas sebab terpaksa atau kecemasan. Banyak syarikat penerbangan yang lain terpaksa memberhentikan laluan penerbangan yang tidak memberi keuntungan kepada mereka. Oleh sebab itu, ramai juruterbang hilang punca pendapatan akibat dibuang atau kurang melakukan penerbangan. Air Asia mengambil peluang ini dan menawarkan peluang kerja kepada juruterbang-juruterbang yang telah dipecat ini untuk berkhidmat dengan mereka. Akan tetapi Air Asia mempunyai kuasa yang lebih pada waktu itu kerana skim atau pakej penggajian yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada syarikat penerbangan pesaing. Juruterbang yang terdesak untuk bekerja akan menerima tawaran Air Asia walaupun pakej penggajian tidak begitu menarik.
Mungkin ramai tidak menyedari bahawa kos untuk menerbangkan sebuah kapal terbang dan membuat pendaratan di sesebuah lapangan terbang adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Jika syarikat MAS menawarkan laluan penerbangan dan mendarat kapal terbangnya terus ke Hong Kong, Air Asia pula menerbangkan kapal terbangnya ke Macau. Kos yang dikenakan untuk penerbangan dan mendaratkan kapal terbang ke Hong Kong dan Macau sangat berbeza. Jurang kos yang amat besar. Dengan kos penerbangan dan mendarat kapal terbang yang rendah, Air Asiadapat menurunkan harga tiket untuk menarik ramai orang membeli daripada Air Asia. Pelanggan masih boleh ke Hong Kong tetapi berbelanja dengan lebih jimat.
Penjenamaan adalah juga merupakan satu komponen yang dititik beratkan oleh Tony Fernandes untuk membawa Air Asia ke tahap yang tinggi serta mampu bersaing dengan syarikat penerbangan gergasi yang lain. Air Asia mengamalkan kaedah kerja yang lebih fokus untuk memberi peluang kepada setiap orang supaya mereka mampu terbang dengan Air Asia. Ianya bermula dengan misi menawarkan harga tiket yang amat rendah sehingga RM1.00 untuk menarik perhatian ramai. Kaedah siapa cepat dia untung adalah prinsip penjualan tiket yang digunakan. Jika anda membeli tiket untuk penerbangan sebulan dari tarikh pembelian, kemungkinan besar anda akan dapat membeli tiket pada harga yang lebih rendah berbanding jika tempoh perjalanan yang lebih dekat dengan tarikh pembelian tiket.
Kaedah penjualan tiket yang tidak serata dari segi harga dan sebagainya membolehkan Air Asia memastikan hampir setiap penerbangan adalah dengan kapasiti penumpang yang penuh. Produk makanan dan lain-lain pula disediakan kepada sesiapa yang membuat pembelian sahaja. Dengan cara ini, Air Asia akan hanya membuat tempahan mengikut pembelian oleh pelanggan. Tiada pembaziran berlaku!  Pengurusan pembaziran yang cekap adalah satu strategi yang bijak untuk merekodkan kejayaan Air Asia.
Dari segi penjenamaan pula, Tony Fernandes bijak menggunakan pengalaman beliau untuk membuat pemasaran yang strategik dan bekerjasama dengan orang kuat Virgin iaitu Sir Richard Branson. Air Asia X dimulakan hasil kerjasama dengan Virgin. Kesinambungan kerjasama ini dapat dilihat dengan kejayaan Air Asia menawarkan penerbangan ke negara-negara Eropah seperti United Kingdom,Perancis dan lain-lain. Bermula sebagai jaguh kampung dan menerbangkan pelanggan sekitar destinasi domestik, Air Asia sekali lagi mengambil peluang untuk maju dalam penerbangan ke destinasi di luar negara. Walaupun ia mengambil masa yang agak lama untuk membuahkan hasil, segala usaha yang dibuat untuk penjenamaan adalah atas berkat kesabaran Tony Fernandes.

a)   Gunakan 4 garis lurus untuk menyambungkan semua titik ini. 




b)   Berapa kotak dalam gambar rajah ini?




c)   1 x 12 / 11 = 2. Kenapa?


Wednesday, 1 May 2013

Li Ka-Shing (83 tahun) yang berada pada ranking ke 9 dunia pula mengungguli senarai manusia terkaya di Asia dengan anggaran kekayaan berjumlah $USD25.5 Billion.. Kemudian diikuti oleh dua orang billionnare dari india iaitu Mukesh Ambani dan Lakshmi Mittal dengan masing-masing mempunyai anggaran harta bernilai $USD22.3 Billion dan $USD20.7 Billion.


1.      Li Ka Shing
Negara                              : China Hong Kong
Kedudukan Dunia             : 9
Nilai Harta                        : $ 25.5 Billion
Tarikh Lahir                      : 13 June 1928 di Chaozhou
Ethnic                               : Teochew
Pekerjaan                         : Chairmain Of Cheung Kong Holdings, Hutchison Whampoa dan Li 
                                            Ka Shing Foundation.
Agama                             : Buddha


2.      Mukesh Ambani
Negara                              : India
Kedudukan Dunia             : 19
Nilai Harta                        : $ 22.3 Billion
Tarikh Lahir                      : 19 April 1957
Pekerjaan                         : Chairmain Managing Director Of Reliance Industries dan Bank Of 
                                            Amerika.
Agama                              : Hindu


3.      Lakshmi Mittal
Negara                              : India
Kedudukan Dunia            : 21
Nilai Harta                        : $ 20.7 Billion
Tarikh Lahir                     : 2 Sep 1950
Pekerjaan                         : Chairmain & CEO Of ArcelorMittal, Owner Of Karrick Limited, 
                                            Co-Owner Of Queens Park Rangers F.C




4.      Kwok Thomas & Raymond & family @ Kwok Ping Kwong
Negara                              : China Hong Kong
Kedudukan Dunia            : 27
Nilai Harta                        : $ 18.3 Billion
Pekerjaan                         : Joint Chairmain Of Sun Hung Kai Properties




5.      Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud
Negara                              : Arab Saudi
Kedudukan Dunia             : 29
Nilai Harta                        : $ 18.0 Billion
Tarikh Lahir                      : 7 Mac 1955
Pekerjaan                          : Pemilik Kingdom Holding Company


6.        Lee Shau Kee
Negara                              : China Hong Kong
Kedudukan Dunia            : 39
Nilai Harta                        : $ 16.0 Billion
Tarikh Lahir                     : 29 Jan 1928
Pekerjaan                         : Chairmain, Managing Director Of Henderson Land Development 
                                            Company Limited, Chairmain Of Hong Kong And China Gas        
                                            Company Limited, Chairmain Of Miramar Hotel, Vice Chairmain 
                                            Independent Non Executive Director Of Sun Hung Kai Properties 
                                            Limited, Member Of Board Of Director Og Hong Kong Ferry 
                                            (Holdings)
  




7.        Azim Premji
Negara                              : India
Kedudukan Dunia            : 41
Nilai Harta                        : $ 15.9 Billion
Tarikh Lahir                     : 24 Julai 1945
Pekerjaan                         : Chairmain Of Wipro



8.        Mohammed Al Amoudi
Negara                              : Arab Saudi
Kedudukan Dunia            : 61
Nilai Harta                        : $ 12.5 Billion


9.        Robert Kuok
Negara                              : Malaysia
Kedudukan Dunia            : 64
Nilai Harta                        : $ 12.4 Billion
Tarikh Lahir                     : 06 Okt 1923
Pekerjaan                         : Pengerusi Shangri - la Hotel Dan Resort Chain


10.    Robin Li
Negara                              : China
Kedudukan Dunia            : 86
Nilai Harta                        : $ 10.2 Billion
Tarikh                               : 17 Nov 1968
Pekerjaan                         : Chairmain & CEO Of Baidu Inc. Board Of Director Education & 
                                            Technology Group Inc

  

Rujukan : (http://lwd19.i.sohu.com/blog/view/211526989.htm)