1. Briefly describe the trends in the global airline industry.
Trend bagi Industri penerbangan antarabangsa hari ini adalah menumpukan kepada memberikan perkhidmatan kos rendah. Perkhidmatan penerbangan yang menawarkan tambang yang murah dilihat dapat menarik minat para pengguna. Salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan penerbangan kos rendah di peringkat antarabangsa adalah Syarikat Air Asia.
Syarikat penerbangbangan terkemuka Asia ini ditubuhkan dengan impian untuk membolehkan semua orang terbang. sejak tahun 2001, AirAsia telah memecahkan kebiasaan industri perjalanan sedunia dan meningkat dengan pantas untuk menjadi syarikat penerbangan terbaik di dunia. Dengan rangkaian laluan yang meliputi lebih daripada 20 buah negara, AirAsia terus mengorak langkah untuk penerbangan tambang murah melalui penyelesaian yang inovatif, proses yang cekap dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam perniagaan.
2. What is the business level strategy adopted by Air Asia?
Syarikat AirAsia menjadikan model tambang rendah menjadi mungkin dengan perlaksanaan strategi penting seperti berikut:
- Utamakan Keselamatan:Perkongsian dengan penyedia penyelenggaraan paling terkenal dunia dan mematuhi pengendalian syarikat penerbangan dunia.
- Penggunaan Pesawat secara maksimum:
Perlaksanaan waktu patah balik terpantas di rantau ini dengan hanya 25 minit, memastikan kos yang lebih rendah dan produktiviti lebih tinggi. - Tambang Rendah, Tidak berlebihan:
Menyediakan perkhidmatan dengan pilihan mengikut kesesuaian tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan. - Operasi Lebih Cekap:
Memastikan proses yang semudah mungkin dan efisien. - Sistem Pengedaran:
Menawarkan ruangan pengedaran yang lebih luas dan inovatif untuk membuat tempahan dan perjalanan lebih mudah. - Jaringan Point ke Point:
Menghubungkan jaringan Point to Point mengekalkan operasi mudah dan kos rendah.
3. How does Air Asia achieve cost leadership through differentiation?
AirAsia mencapai kepimpinan kos melalui tindakan strategik seperti menawarkan perkhidmatan satu kelas dengan tanpa memberikan perkhidmatan mengikut kelas dengan tambang yang berbeza. ia dapat mengelakkan wujudnya berlebihan kerusi kosong dalam sesuatu penerbangan, makanan, hiburan dan utiliti lain. Selain itu, keutamaan diberikan kepada keselesaan dan keselamatan untuk penumpang. AirAsia juga sentiasa membuat promosi untuk memastikan pelanggan mereka datang kembali untuk perkhidmatan mereka seperti promosi tambang biasa bagi tempoh perjalanan yang khusus untuk menggalakkan tempahan awal. Tiket tersebut melalui pusat tempahan melalui telefon, pejabat jualan, ejen pelancongan dan perkongsian dengan bank tempatan dan pejabat pos.
4. Identify the ways Air Asia can sustain its competitiveness through the business level strategy that is adopted?
Secara amnya, Air Asia berjaya mencatat kejayaan demi kejayaan kerana pihak pengurusan dibawah pimpinan Tony Fernandes mengamalkan sistem pengurusan kos yang efektif. Dalam banyak hal, kos yang rendah amat diutamakan. Air Asia pada awalnya memulakan operasinya dengan kos yang rendah jika dibandingkan dengan pesaing yang terdekat MAS. Strategi menurunkan kos permulaan perniagaan ialah dengan membeli kapal terbang terpakai. Kapal terbang terpakai sudah semestinya berharga lebih murah daripada kapal terbang yang baru. Ini adalah strategi awal. Setelah syarikat sudah mencatat keuntungan dan mempunyai dana yang lebih, kapal terbang yang dibeli pada peringkat awal ini diganti dengan kapal terbang baru secara berperingkat. Selain kos permulaan, kos operasi dan kos harian seperti gaji kakitangan, bayaran untuk kapal terbang mendarat dan sebagainya juga dikenal pasti sebagai komponen kos yang perlu diuruskan pada tahap yang rendah juga.
Bagaimanakah pula Air Asia berjaya mengurangkan kos penggajian kakitangannya termasuk juruterbang? Kos juruterbang pada kebiasaannya merupakan salah satu komponen kos yang paling tinggi yang perlu dibelanjakan oleh pihak syarikat penerbangan. Pihak pengurusan Air Asia walaubagaimanapun berjaya melakukan yang sebaliknya. Terdiri daripada kumpulan pengurusan yang sangat bijak untuk mengambil peluang, Air Asia bertindak ketika syarikat lain mengalami tempoh perniagaan yang sukar. Banyak syarikat penerbangan lain memecat juruterbang-juruterbang mereka akibat peristiwa 11 September 2001. Selepas kejadian tersebut, banyak syarikat penerbangan tidak dapat menanggung kos operasi kerana ramai orang tidak berani untuk membuat perjalanan menaiki kapal terbang kecuali segelintir sahaja atas sebab terpaksa atau kecemasan. Banyak syarikat penerbangan yang lain terpaksa memberhentikan laluan penerbangan yang tidak memberi keuntungan kepada mereka. Oleh sebab itu, ramai juruterbang hilang punca pendapatan akibat dibuang atau kurang melakukan penerbangan. Air Asia mengambil peluang ini dan menawarkan peluang kerja kepada juruterbang-juruterbang yang telah dipecat ini untuk berkhidmat dengan mereka. Akan tetapi Air Asia mempunyai kuasa yang lebih pada waktu itu kerana skim atau pakej penggajian yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada syarikat penerbangan pesaing. Juruterbang yang terdesak untuk bekerja akan menerima tawaran Air Asia walaupun pakej penggajian tidak begitu menarik.
Mungkin ramai tidak menyedari bahawa kos untuk menerbangkan sebuah kapal terbang dan membuat pendaratan di sesebuah lapangan terbang adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Jika syarikat MAS menawarkan laluan penerbangan dan mendarat kapal terbangnya terus ke Hong Kong, Air Asia pula menerbangkan kapal terbangnya ke Macau. Kos yang dikenakan untuk penerbangan dan mendaratkan kapal terbang ke Hong Kong dan Macau sangat berbeza. Jurang kos yang amat besar. Dengan kos penerbangan dan mendarat kapal terbang yang rendah, Air Asiadapat menurunkan harga tiket untuk menarik ramai orang membeli daripada Air Asia. Pelanggan masih boleh ke Hong Kong tetapi berbelanja dengan lebih jimat.
Penjenamaan adalah juga merupakan satu komponen yang dititik beratkan oleh Tony Fernandes untuk membawa Air Asia ke tahap yang tinggi serta mampu bersaing dengan syarikat penerbangan gergasi yang lain. Air Asia mengamalkan kaedah kerja yang lebih fokus untuk memberi peluang kepada setiap orang supaya mereka mampu terbang dengan Air Asia. Ianya bermula dengan misi menawarkan harga tiket yang amat rendah sehingga RM1.00 untuk menarik perhatian ramai. Kaedah siapa cepat dia untung adalah prinsip penjualan tiket yang digunakan. Jika anda membeli tiket untuk penerbangan sebulan dari tarikh pembelian, kemungkinan besar anda akan dapat membeli tiket pada harga yang lebih rendah berbanding jika tempoh perjalanan yang lebih dekat dengan tarikh pembelian tiket.
Kaedah penjualan tiket yang tidak serata dari segi harga dan sebagainya membolehkan Air Asia memastikan hampir setiap penerbangan adalah dengan kapasiti penumpang yang penuh. Produk makanan dan lain-lain pula disediakan kepada sesiapa yang membuat pembelian sahaja. Dengan cara ini, Air Asia akan hanya membuat tempahan mengikut pembelian oleh pelanggan. Tiada pembaziran berlaku! Pengurusan pembaziran yang cekap adalah satu strategi yang bijak untuk merekodkan kejayaan Air Asia.
Dari segi penjenamaan pula, Tony Fernandes bijak menggunakan pengalaman beliau untuk membuat pemasaran yang strategik dan bekerjasama dengan orang kuat Virgin iaitu Sir Richard Branson. Air Asia X dimulakan hasil kerjasama dengan Virgin. Kesinambungan kerjasama ini dapat dilihat dengan kejayaan Air Asia menawarkan penerbangan ke negara-negara Eropah seperti United Kingdom,Perancis dan lain-lain. Bermula sebagai jaguh kampung dan menerbangkan pelanggan sekitar destinasi domestik, Air Asia sekali lagi mengambil peluang untuk maju dalam penerbangan ke destinasi di luar negara. Walaupun ia mengambil masa yang agak lama untuk membuahkan hasil, segala usaha yang dibuat untuk penjenamaan adalah atas berkat kesabaran Tony Fernandes.
0 comments:
Post a Comment