1. Pengganti Garam atau MSG perisa tambahan dalam makanan (Kardio-mate)
- Dibangunkan di Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2010 di bawah Felo penyelidik Dr. Suhaila binti Mohamed dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM Serdang.
- Kos penyelidikan memakan belanja sebanyak setengah juta dan ia dibiayai menerusi geran penyelidikan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi dan UPM
- Diperbuat daripada rumpai laut yang berupaya meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh badan serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
- Kardio-mate mengandungi kandungan rendah natrium dan lemak, kandungan tinggi kalsium serta protein, kaya dengan serat larut dan lain-lain galian penting seperti antara lain magnesium, kalsium, besi, kuprum serta zink.
- Rujukan : http://www.ibs.upm.edu.my/news/Garam.pdf
2. Vaksin Tilapia
- Dibangunkan oleh Prof Madya Dr. Mariana Nor Shamsudin dari Laboratori Sains Marin dan Akuakultur (MARSLAB) lnstitut Biosains, Unirersiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan penyelidikan terhadap pengeluaran vaksin untuk ikan tilapia merah (orco-cromus sp) sejak beberapa uhun lalu.
- Antara penyakit yang kerap kali menyerang idustri akuakultur air tawar ialah bakteria yang dikenali sebagai Aeromonas Hydrofila. Bakteria tersebut megeluarkan bahan toksin yang menyebabkan ikan mengalami reput ekor, reput sirip, pendarahan, sisik terkeluar dan ulser.
- Serangan bakteria ini akan menyebabkan kematian ikan secara besar-besaran dan seterusnya membawa kerugian kepada penternak ikan komersial.
3. Perata Batang Buluh Pertama Di Dunia
- Dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik di Jabatan Produksi Perhutanan, Fakulti perhutanan, UPM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Edi Suhaimi Bakar.
- Teknologi itu dinamakan sebagai ‘V-Grooving’ (Pengaluran bentuk V) yang merupakan alternatif bagi menangani masalah bekalan kayu dalam industri kayu di negara ini.
- Antara kelebihan lain bagi kaedah V-Grooving ialah ia menjimatkan kos pengeluaran dan bahan mentah serta menghasilkan produk berkualiti dan bahan hijau. Inovasi baru ini juga meningkatkan pulangan bagi isi padu buluh yang telah diratakan dari 65 peratus ke 85 hingga 90 peratus.
- Inovasi V-Grooving mendapat pengiktirafan Pingat Emas pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2012.
4. Mesin pempasteuran kompak mudah alih
- Dibangunkan oleh Prof. Ir. Dr. Norman Mariun dari Fakulti Kejuruteraan UPM sejak tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 2004.
- Dikenali sebagai Pempasteuran Haba Ohmik, mesin tersebut dilengkapi dengan peralatan seperti sel pemanasan ohmik, sistem pengurusan bendalir dan juga sistem kawalan suhu.
- Sesuai digunakan untuk proses mempasteur produk makanan dalam bentuk cecair seperti sos, kicap, susu dan sebagainya.
- Kelebihan mesin ini adalah penggunaannya mengekalkan kualiti makanan, bersih, menjimatkan tenaga sebanyak 50 peratus, tiada kebocoran tenaga dan selamat.
- Rujukan : http://psasir.upm.edu.my/2760/1/0413.pdf
- Dibangunkan oleh Prof. Madya. Dr. Maznah Ismail dari Laboratori Bioperubatan Molekul, Institut Biosains UPM selama 7 tahun.
- Dikenali sebagai Produk Fraksi Kaya Timokuinon (TQRF) yang dihasilkan daripada jintan hitam atau dikenali sebagai habbatus sauda mampu mencegah penyakit kardivaskular dan neuro (saraf).
- Dibangunkan oleh Prof. Madya. Dr. Azizah Abdul Hamid dari Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan UPM sejak 5 tahun lalu dan kini ia dalam proses prakomersial.
- Produk yang dinamakan Catechin Rich Extract itu mengandungi ekstrak daun-daun mengkudu yang matang yang diproses melalui kajian saintifik yang mendalam untuk menghasilkan sebatian antioksida yang tinggi.
- Khasiat antioksida yang tinggi ini dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik seperti kanser, jantung, diabetes dan penuaan.
- Rujukan : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0209&pub=kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm
7. Tandas Pintar
- Dibangunkan oleh Puan Sazrinee Zainal Abidin dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM.
- Tandas pintar yang diberi nama Loveme Water Closet itu sesuai digunakan oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak.
-
- Rujukan : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0730&pub=kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm
8. Alat pengesan pengawet
- Dibangunkan oleh Prof. Madya. Dr. Fatimah Abu Bakar dari Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM.
- Alat pengesan ini dapat mengesan formaldehid iaitu bahan pengawet mayat yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, papan lapis dan pengawetan tisu spesimen di dalam ikan dan makanan laut lain.
- Formaldehid berbahaya kepada manusia kerana boleh menyumbang kepada risiko penyakit barah paru-paru, otak dan leukemia.
- Penemuan ini memudahkan agensi pengawasan dan pemantauan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia membuat pemeriksaan untuk mengesan penggunaan formaldehid dalam ikan dan makanan laut di seluruh negara.
9. Kolagen kulit ikan tilapia untuk kosmetik dan kesihatan
- Dibangunkan oleh Prof. Dr. Jamilah Bakar dari Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM.
- Penyelidikan selama 12 tahun menjalankan kajian bagi membangunkan sendiri teknologi pengekstrakan kolagen akuatik daripada kulit ikan tilapia ternyata membuahkan hasil apabila negara bakal mempunyai kilang pengekstrak kolagen halal daripada kulit ikan tilapia yang pertama di rantau ini. Produk itu bakal dikomersialkan melalui kerjasama antara UPM dengan syarikat Bionic Lifesciences Sdn. Bhd.
- kolagen yang berfungsi memelihara kecantikan kulit, mempercepatkan penyembuhan luka serta membantu memulihkan kekenyalan otot dan masalah sendi.
- Dibangunkan oleh Prof. Dr. Maziah Mahmood dari Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), Universiti Putra Malaysia (UPM). Sistem ini menggunakan tisu kultur untuk mempercepatkan proses pembungaan untuk meningkatkan hasil anak benih orki.
- Transformasi genetik sistem ini membolehkan orkid tahan penyakit, mengeluarkan bunga sepanjang tahun kepelbagaian warna bunga, bunga yang tahan lama dan mengeluarkan bau. Selain itu teknologi ini menjimatkan kos pembajaan dan pengurusan pokok orkid.
Lagi berita terkini teknologi UPM baloe dilayari di
ReplyDeletehttp://www.sciencepark.upm.edu.my/berita/upm_yayasan_steinbeis_malaysia_perluas_pasaran_halal-33099