Nas Vista Sdn Bhd , mempelopori arus teknologi

Thursday 21 March 2013

10 Usahawan OKU berjaya Malaysia



                                                                                                                       

1.        Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36 (OKU telinga) Kuala Terengganu, Terengganu


  •  Mengusahakan Perusahaan batik di Terengganu. 
  •  Bekerja di kilang batik Romi di chendering dan syarikat batik di Batu Burok dalam menimba ilmu pengetahuan sebelum membuka syarikat sendiri.
  •   Mempunyai 2 cawangan kedai di Subang Jaya dengan nama Anas Butik yang diusahakan bersama oleh adik-beradiknya.
  •  Mendapat Bantuan kewangan dari JKM Terengganu(RM2000) dan pinjaman dari MARA (RM20000)
  •  Menjadi Presiden pertama Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT) tahun 2001
  •  Mendapat pengiktirafan tokoh oku keseluruhan (2005) dan tokoh oku bahagian ekonomi (2007)


2.       Ahmad Ramli, 41 (OKU tangan) Jerantut, Pahang


  • Mengusahakan penternakan lembu
  • Sebahagian tangan kanannya hancur akibat digilis mesin ketika bekerja di sebuah kilang percetakan di Batu Caves menyebabkan kehidupannya berubah daripada insan ­normal menjadi Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Memiliki 40 ekor lembu dan 2 pekerja OKU
  • Antara 12 penerima geran dari seluruh negeri Pahang yang terpilih menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung yang bernilai RM70,000 Skim Bantuan Perniagaan OKU Peringkat Negeri.
  •  Bercadang menambahkan jumlah ternakan selain mempel­bagaikan lagi usaha seperti menambahkan baka, menghasilkan dedak sendiri dan menanam anak benih untuk meningkatkan lagi pen­dapatan.


3.       Latip Md Isa, 53 (OKU kaki) Ayer Keroh Melaka



  • ·         Mengusahakan penternakan ayam, sewaan kanopi, lori dan catering di Kampung Bachang, Melaka.
  • ·         Menghidap polio sejak dilahirkan dan tidak mempunyai kaki kiri.
  • ·         Pernah dihina oleh tuan kedai ketika bertanyakan harga barang di kedai.
  • ·         Memperoleh pendapatan purata sebanyak RM60 000 hasil jualan pemprosesan ayam daging, sewaan kanopi, lori dan catering.
  • ·         Menerima anugerah Tokoh Usahawan OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka tahun 2009.



4.       Yusnani Md Yunus, 36 Melaka. (OKU mata) Melaka



  • ·         Mengusahakan perkhidmatan Andaman, butik pengantin (Yus’Iman Collection) dan perniagaan kek di rumah sendiri di Taman Air Molek Melaka.
  • ·         Pernah bekerja sebagai setiausaha dan meminati bidang persolekan.
  • ·         Mendapat tunjuk ajar dari Nurul Shukor, jurumekap Dato Siti Nurhaliza sebelum memulakan perniagaan pada tahun 2007.
  • ·         Mendapat modal RM 2700 sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) .
  • ·         Berhasrat untuk meluaskan lagi perniagaan dan membuka kedai sendiri supaya dia dapat mengambil OKU lain bekerja dengannya.



5.       Rahim Hamzah 61, (OKU mata) Kluang Johor



  • ·         Mengusahakan perusahaan kain dan syarikat pengeluaran baju NNRM Marketing di Bandar Permaisuri Cheras.
  • ·         Pernah hidup merempat di Kuala Lumpur bertahun lamanya.
  • ·         Dilahirkan normal tetapi menjadi OKU ketika berumur 27 tahun kerana masalah mata. Buta sepenuhnya.
  • ·         Bermula sebagai penjual kain kecil-kecilan sebelum menyahut cabaran pembekal dalam membuat pakaian sendiri.
  • ·         “Kita kena usaha lebih, jangan putus asa. Apa yang penting adalah doa dan usaha, serta perlu rajin bertanya,” kata usahawan ini yang berasal dari Kluang, Johor.




6.       Mohd Khairi Othman, 34 (OKU kaki dan tangan) Pekan, Pahang



  • ·         Mengusahakan penternakan kolam ikan air tawar. Khususnya ikan talapia dan patin.
  • ·         Membantu saudaranya menguruskan penternakan kolam ikan air tawar sebelum timbul minat untuk menguruskan penternakan sendiri.
  • ·         Bermodalkan RM 1200 dan sebuah kolam pada masa memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2000.
  • ·         Bernikah dengan seorang penyelia di Kuantan pada tahun 2010.
  • ·         Memiliki 40 buah kolam ikan air tawar di Sungai Pahang.




7.       Rohana Abdullah, 36 (OKU kerdil) Taiping Perak



  • ·         Mengusahakan perniagaan menjahit dan menjual pakaian di rumah sejak 10 tahun dahulu.
  • ·         Berketinggian hanya 1 meter setengah sahaja.
  • ·         Mendapat bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM13500 untuk memulakan perniagaan sendiri.
  • ·         Membuka kedai pakaian di Bazar Mara Lumut sejak tahun 2008 dengan modal sebanyak RM20000.
  • ·         Menggaji 3 OKU lain sebagai pekerja di kedainya.




8.       Itam Abu Bakar, 64 (OKU kaki) Kuala Kangsar Perak



  • ·         Mengusahakan pembuatan kompang serta kerja-kerja kampong.
  • ·         Membeli yang diubahsuai berharga RM1200 dan mesin gergaji berharga RM875 untuk memulakan perniagaan pembuatan kompang
  • ·         Kompang-kompang beliau mendapat tempahan bukan sahaja di negeri Perak tetapi ke seluruh Negara.
  • ·         Dilahirkan sempurna tetapi menjadi OKU akibat kemalangan pada l9 April l978 di Kampong Raja Parit menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong hingga ke peha.
  • ·         Pernah mengalami banyak kemalangan seperti lemas dan dihempap pokok kelapa tetapi beliau tidak pernah berputus asa mencari rezeki untuk keluarganya walaupun diri sudah cacat.



9.       Mamat Abdullah, 53 (OKU badan) Hulu Terengganu Terengganu



  • ·         Mengusahakan perusahaan bengkel motosikal.
  • ·         Mengalami demam panas ketika berumur 3 tahun dan menjadi OKU sehingga sekarang.
  • ·         Menyertai Persatuan Orang Cacat Malaysia dan mengikuti kursus yang diminati sebelum memulakan perniagaan sendiri.
  • ·         Menggunakan ilmu yang diperoleh sebaik mungkin sehingga berjaya bergelar usahawan dengan memiliki Bengkel Din Motor sejak 10 tahun lalu di Kampung Felda Bukit Bading.
  • ·         Mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan bagi membantu meringankan beban hidup.
























Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Pellentesque volutpat volutpat nibh nec posuere. Donec auctor arcut pretium consequat. Contact me 123@abc.com

1 comment:

  1. Hi, salam. Do you have the contact details untuk usahawan di atas ni untuk kami masukkan dalam program kami, M-Powered by Microsoft. Kalau ada, sila hubungi saya di talian 03-77258085 atau email intanumirah@gmail.com. Terima kasih.

    ReplyDelete